Ligamen terputus
Ligamen lain adalah ligamen kruciate belakang (PCL), ligamen kolateral medial (MCL) dan ligamen kolateral lateral (LCL). ACL terlekat antara hujung bawah tulang paha (femur) dan hujung atas tulang kering (tibia) dalam sendi lutut.
Ia menyilang di dalam sendi lutut dalam arah pepenjuru dan di sisinya, PCL pula menyilang dalam arah bertentangan dengan membentuk palang di antara satu sama lain, itulah sebabnya kedua-dua ligamen ini dipanggil 'cruciate' atau 'genting' sempena bentuk mereka di dalam sendi lutut itu. Fungsi utama ACL adalah untuk menghalang pergerakan tulang kering daripada bergerak ke hadapan dari tulang paha. Sementara PCL pula untuk menghalang tulang kering daripada bergerak ke belakang tulang paha. Sebab itulah kedua dua ligamen kruciate ini sangat penting dalam memberi kestabilan pada sendi lutut, terutama semasa aktiviti sukan yang banyak membabitkan sentuhan badan dan juga pertukaran arah pergerakan dan pergerakan berputar. Sebab itulah kecederaan ACL akan memberikan implikasi yang serius kepada kestabilan dan fungsi sendi lutut. Selalunya atlit yang mengalami kecederaan ACL akan mengalami kemerosotan dalam prestasinya kerana kesukaran yang dihadapi disebabkan lututnya yang tidak stabil. Bagaimanakah ACL boleh tercedera? ACL terputus atau terkoyak sebenarnya adalah kecederaan lutut yang sangat kerap berlaku dikalangan ahli sukan. Selalunya ACL tercedera apabila sendi lutut terpusing dengan kaki terpacak kaku ke tanah atau ketika terjatuh dengan kaki terlipat keluar ketika mendarat selepas melompat. ACL juga boleh tercedera sekiranya lutut ditendang dengan kuat dari arah luar sebagaimana boleh berlaku ketika bermain bola sepak atau ketika terkena terjahan semasa bermain rugbi. Kecederaan ACL ini kadang-kadang berlaku secara kombinasi dengan kecederaan meniskus dan MCL. Kecederaan ACL lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki dengan nisbah dua hingga lapan kali. Alasan kepada perbezaan ini masih tidak dapat dipastikan dengan jelas tetapi berdasarkan kajian terkini, andaiannya adalah disebabkan oleh bentuk anatomi wanita yang berbeza, kesan hormon estrogen ke atas ACL dan kerana terdapat perbezaan dalam imbangan otot di kalangan lelaki dan perempuan. Simptom kecederaan ACL Rawatan untuk ACL terputus Apa yang para atlit boleh lakukan? Apa yang para doktor boleh lakukan? Apakah Pembedahan yang biasa dilakukan? Sekiranya kecederaan ACL adalah jenis yang membabitkan tulang tempat perlekatan ACL terkopak dari tulang Kering (Tibia) dan fiber ACL masih utuh, doktor akan meletakkan kembali serpihan tulang berkenaan ke tempat asalnya dengan menggunakan skrew atau jahitan. Bilakah pembedahan diperlukan? Bagi mereka yang masih muda dan aktif pula, mempunyai lutut yang longgar kerana ketiadaan ACL memaksa mereka menukar aktiviti sukan kepada jenis yang tidak membabitkan sentuhan badan dan pergerakan berpusing seperti joging. Berapa lamakah atlit perlu berehat daripada aktiviti sukan? Ini sangat bergantung kepada cara pendekatan pakar bedah dan pakar fisioterapi terhadap proses rehabilitasi. Sesetengahnya memilih program pemulihan yang dipercepatkan di mana atlit boleh kembali bersukan dan bermain dalam pertandingan yang kompetitif dalam masa enam bulan selepas pembedahan. Ada juga memilih tempoh pemulihan yang lebih lama iaitu sembilan bulan sebelum seseorang atlit itu dibenarkan bermain secara kompetitif. Apakah Jenis-jenis sokongan lutut yang biasa dipakai? Sokongan lutut atau brace boleh memberi perlindungan dan sokongan pada lutut yang tidak stabil. Ia menghalang kecederaan kepada lutut yang sihat dan menyokong lutut yang tidak stabil. Sesetengah brace menggunakan engsel boleh laras yang mana titik putaran berubah mengikut pergerakan lutut dengan itu sokongan yang diberikan adalah lebih sempurna. Bagaimanapun tidak ada sokongan yang mampu memberi perlindungan seratus peratus kepada ACL yang mana ia hanya memerlukan beberapa darjah putaran sahaja untuk mencederakannya. Selalunya terdapat plat besi yang fleksibel atau tali anjal yang dijahit pada kedua-dua sisi penyokong lutut berkenaan. Jenis ini memberikan sokongan sisi yang kurang tetapi mempunyai bentuk yang lebih nipis berbanding brace lutut berengsel.
Rujukan lain :
|
Belog PJ
Saturday, January 11, 2014
Kecederaan Lutut
Wednesday, October 30, 2013
Burpee
Sedang sibuk penulis mendapatkan maklumat berkaitan kolestrol dan hypertension, penulis terjumpa senaman yang agak seronok, burpee.
Burpee ni bagi penulis agak suka sebab memang sangat letih dan agak mencabar, tapi seluruh tubuh badan digunakan untuk melakukan burpee
untuk rujukan
video oleh kevin zahri
Sunday, July 7, 2013
Bersenam Secara Betul, Elakkan Kecederaan
Fasa 1:
Memanaskan Badan (5-10 minit)
Fasa memanaskan badan boleh dilakukan dengan secara statik dan dinamik. Diikuti dengan kelonggaran dan regangan anggota badan.
Fasa 2:
Aerobik (15 minit)
Contoh : Berjalan pantas, berjoging, senamrobik
Fasa 3:
Muscular Conditioning (5-10 minit)
Fasa ini melibatkan aktiviti bagi memantapkan daya tahan dan kekuatan
otot
Contoh: bangun tubi, tekan tubi, half-squat, heel raiser
Fasa 4:
Menyejukkan Badan (5-10 minit)
Senaman tidak boleh diberhentikan serta merta kerana boleh mendatangkan
kecederaan pada otot. Melakukan aktiviti menyejukkan otot untuk mengelakkan kecederaan.
Sunday, February 17, 2013
Menjaga Metabolisme Tubuh Badan
Meningkatkan metabolisme tubuh badan dapat
mengurangkan lemak yang terdapat pada badan. Hal ini kerana, kalori akan
terbakar lebih banyak dan secara tidak langsung menggunakan lemak sebagai
sumber tenaga.
Peningkatan metabolisme dapat dilakukan
dengan mengamalkan amalan gaya hidup sihat.
1. Jaga Pemakanan
- Mengamalkan pemakanan yang sihat bukan sahaja pengambilan makanan tetapi turut menjaga masa dan tempoh pengambilan makanan.
- Sarapan sangat penting dan adalah digalakkan untuk mengambil susu atau jus buah-buahan dan sayur-sayur.
- Jus yang baik adalah jus yang dihasilkan sendiri di rumah tanpa bahan-bahan pengawet mahupun gula tambahan.
- Makanan yang berkhasiat sebagai sumber tenaga, elakkan makanan segera kerana terdapat banyak bahan pengawet.
2. Rehat yang mencukupi
- Bagi seorang dewasa memerlukan tidur sekurang-kurangnya 6 jam sehari.
- Kurang tidur akan membuatkan kita cepat marah, keletihan dan kurang tumpuan terhadap rutin harian.
3. Bersenam dan beriadah
- Senaman akan membantu mengekalkan tubuh badan kita agar sentiasa sihat dan cergas.
- Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit satu sesi, 3 kali seminggu
4. Tangani stres
- STRES atau tekanan boleh menyebabkan metabolisme badan menjadi rendah
- Stres juga menyebabkan pelbagai penyakit kronik
- Cuba mengurangkan stres atau tekanan kerja dan belajar dengan menceritakan masalah kepada pendengar lain atau melakukan sesuatu yang menyeronokkan.
5. Lebihkan minum air
- Minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk mengawal suhu badan dan aliran darah.
Saturday, February 2, 2013
Tekanan vs Adrenaline?
Apa
Itu Stress?
Stress boleh diklasifikasi kepada dua iaitu stress positif dan stress negatif, stress baik dipanggil eustress dan distress
Eustress akan merangsang kepada kejayaan manakala distress akan menyebabkan tekanan perasaan
Ketika stress badan akan menghasilkan adrenaline yang merupakan satu hormon rangsangan.
Antara perubahan yang akan berlaku ialah
- Denyutan jantung bertambah laju
- Tekanan darah akan meningkat bertujuan untuk mengepam darah kepada otak, jantung dan otot.
- Gula, lemak dan kolesterol dalam darah akan bertambah untuk memberi lebihan tenaga kepada badan
- Pernafasan akan menjadi lebih laju untuk menyalurkan oksigen yang diperlukan
Subscribe to:
Posts (Atom)