Klik sini :D

Sunday, February 17, 2013

Menjaga Metabolisme Tubuh Badan

Meningkatkan metabolisme tubuh badan dapat mengurangkan lemak yang terdapat pada badan. Hal ini kerana, kalori akan terbakar lebih banyak dan secara tidak langsung menggunakan lemak sebagai sumber tenaga.

Peningkatan metabolisme dapat dilakukan dengan mengamalkan amalan gaya hidup sihat.

1. Jaga Pemakanan
  • Mengamalkan pemakanan yang sihat bukan sahaja pengambilan makanan tetapi turut menjaga masa dan tempoh pengambilan makanan. 

  • Sarapan sangat penting dan adalah digalakkan untuk mengambil susu atau jus buah-buahan dan sayur-sayur.
  • Jus yang baik adalah jus yang dihasilkan sendiri di rumah tanpa bahan-bahan pengawet mahupun gula tambahan.
  • Makanan yang berkhasiat sebagai sumber tenaga, elakkan makanan segera kerana terdapat banyak bahan pengawet.

2. Rehat yang mencukupi
  • Bagi seorang dewasa memerlukan tidur sekurang-kurangnya 6 jam sehari.
  • Kurang tidur akan membuatkan kita cepat marah, keletihan dan kurang tumpuan terhadap rutin harian.

3. Bersenam dan beriadah
  • Senaman akan membantu mengekalkan tubuh badan kita agar sentiasa sihat dan cergas.
  • Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit satu sesi, 3 kali seminggu

4. Tangani stres
  • STRES atau tekanan boleh menyebabkan metabolisme badan menjadi rendah
  • Stres juga menyebabkan pelbagai penyakit kronik
  • Cuba mengurangkan stres atau tekanan kerja dan belajar dengan menceritakan masalah kepada pendengar lain atau melakukan sesuatu yang menyeronokkan.

5. Lebihkan minum air
  • Minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk mengawal suhu badan dan aliran darah.

Saturday, February 2, 2013

Tekanan vs Adrenaline?

Apa Itu Stress? 

Stress boleh diklasifikasi kepada dua iaitu stress positif dan stress negatif, stress baik dipanggil eustress dan distress

Eustress akan merangsang kepada kejayaan manakala distress akan menyebabkan tekanan perasaan

Ketika stress badan akan menghasilkan adrenaline yang merupakan satu hormon rangsangan. 

Antara perubahan yang akan berlaku ialah
      1. Denyutan jantung bertambah laju
      2. Tekanan darah akan meningkat bertujuan untuk mengepam darah kepada otak, jantung dan otot.
      3. Gula, lemak dan kolesterol dalam darah akan bertambah untuk memberi lebihan tenaga kepada badan
      4.  Pernafasan akan menjadi lebih laju untuk menyalurkan oksigen yang diperlukan

Kelik Tabung